Rabu, 6 April 2011

Sinematografi : Camera Movement

Share Kemahiran Gerakan Kamera
Sesebuah karya yang dihasilkan memerlukan suatu
gerakan panorama kamera yang menarik dan pelbagai
untuk menarik minat penonton. Terdapat beberapa gerakan
kamera yang digunakan di dalam sesebuah karya

Pans
Digerakkan secara mendatar dan kamera akan diletakkan
di atas tripot. Menjadi titik paksi stasioner. Biasanya frame kamera
bergerak mengikut subjek yang berada di tengah-tengah.


Tilts
Gerakan yang mengimbas agenda menegak. Selebihnya
tiada perbezaan dengan gerakan pan.


Dolly Shots
Juga disebut TRUCKING/TRACKING ( Pelacakan ).
Kamera biasanya ditempatkan pada kenderaan yang bergerak
untuk merakam adegan yang bergerak. Memerlukan track untuk
memghasilkan pergerakan yang lancar. Juga akan dipasang pada
kereta, kapal terbang juga trolley membeli belah, ini mampu
menjimatkan kos produksi. Shot yang terbaik untuk menggambarkan
gerakan seperti watak sedang berjalan, berlari atau berkenderaan.


Hand-held Shots
Kamera akan dipegang dan alat stabilizer diperlukan ( Steadicam )
Besi akan di sambungkan bagi memberikan kehalusan gambar.
Gerakan ini mampu memberikan gambaran yang lebih realiti
berbanding dari memberikan pergerakan kaku pada penonton.
Kesannya penonton dapat merasakan seolah-olah meraka
sebahagian daripada agenda/scene


Crane Shots
Asalnya adalah sebahagian dari Dolly shots cuma bezanya adalah
shots di atas dengan bantuan crane ( JIB ), Kelengkapan ini
mampu mengerakkan kamera yang berada di udara bersama
jurukamera secara bebas dengan mengunakan imbangan jib.


Zoom Lenses
Jurugamba boleh mendapatkan close-up dari jarak yang jauh.
Seperti kaedah menzoom dengan cepat( Smash Zoom ) atau
secara perlahan, tanpa mengerakkan camera walaupun seinci
mampu menjimatkan masa serta kurang masalah.
Ramai pembikin filem menggunakan kaedah ini untuk memberikan
kesan gerakan serta kegembiraan dalam satu adegan.
p/s : gunakan tripot serta kawalan tangan yang baik apabila zoom.


The Aerial Shots
Pengambaran memerlukan tempat yang lebih tinggi, biasanaya
shots ini di ambil mengunakan helikopter. Shot ini di gunakan
pada permulaan cerita atau permulaan plot cerita. Pergerakan
Sama seperti mengunakan crane cuma mengunakan helikopter
atau kelengkapan lain.

image source:
http://www.brsrigging.com
http://www.pentavision.net
http://www.theslider.com
http://asset3.learnhub.com
http://fourthlinefilms.files.wordpress.com

6 comments:

mie berkata...

nice!!
gue baru tau tentang ni..
ehehee

Tasha berkata...

ilmu baru ni.... baru tau.thnx for sharing

Unknown berkata...

wahh... niew semangat nak wat filming niew!

Amiera Hilton berkata...

great! thanks for sharing :)

peNulis SeNjA berkata...

thnx sharing .. huhuhuhu esok saye praktekkan

Syuk Ry berkata...

welcom2.. kita same2 brkarya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...