Selasa, 3 Disember 2013

film review : The Hunger Games Catching Fire

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 9 / 10
Action : 7 / 10
Effect : 8 / 10
Cinematography : 8 / 10
Overall :  8 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 6 / 10
Adults : 8 / 10
Veteran : 0 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
BEST IN : Normal-[---] 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[ X ]

Film review overall :
Filem arahan oleh Francis Lawrence.. Penerbit oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik.. Berdasarkan Catching Fire oleh Suzanne Collins.. Muzik oleh James Newton Howard.. Sinematografi oleh Jo Willems.. Suntingan oleh Alan Edward Bell.. Dibintangi oleh Jennifer Lawrence ,Josh Hutcherson ,Liam Hemsworth ,Woody Harrelson ,Elizabeth Banks ,Lenny Kravitz ,Philip Seymour Hoffman ,Jeffrey Wright ,Stanley Tucci , dan Donald Sutherland.. Durasi 146 Min.. Bajet $USD 130-140 Juta..

Setahun selepas memenangi Hunger Games ke-74 , Katniss Everdeen dan pasangannya, Peeta Mellark perlu meneruskan Tour Victor dimana mereka perlu melawat semua daerah . Sebelum bermulanya Tour Victor, Katniss dikunjungi oleh Presiden Snow yang kuatir dengan Katniss atas tindakannya tahun yang lalu semasa permainan mampu menggugatnya.. Beliau meminta supaya Katniss tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh mendatangkan pemberontakan..
Tetapi malangnya dia gagal untuk berbuat demikian. Jadi Snow memutuskan untuk menggubal permainan Hunger Games ke 75 bagi memanggil semula pemenang-pemenang terdahulu sebagai langkah untuk mengekang pemberontakan dan seterusnya untuk menghapuskan Katniss.. Apakah yang akan berlaku seterusnya, berjayakan rancangan Presiden Snow berjaya..?

comment : 
Filem ini amat menarik dan amaran kepada yang bukan pengemar filem Hunger Games akan merasakan filem ini amat perlahan dan membosankan jika anda mengalaminya, genre filem sebegini tidak sesuai dengan anda.. Tiada tentangan dari peminat novel jadi terbukti Rating 8.2 IMBD adalah bersesuaian.. Sebahagian peminat filem cuba mengaitkan plot filem sama dengan filem "Battle Royal" dari jepun adaptasi novel tahun 2000, walaupun seakan sama tapi tidak kesemuanya..

Sequal seterusnya adalah Mockingjay Part 1, mungkin memberikan tekanan kepada penonton kerana perlu menunggu bahagian seterusnya pada tahun akan datang.. Tapi untuk keseluruhan filem ini terbaik dan terhibur.. Jangan ambil komen ini sepenuhnya tontonnya sendiri..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...