Khamis, 15 September 2011

film review : Hantu Bonceng

Share
Lama sudah aku tak buat film review..
Bukan apa kebelakangan ni sibuk sikit dengan kerja2..
Banyak jugak filem2 yang aku tak sempat nak review..
Tak apa lah bulan ni kita start dengan filem Hantu Boceng..
Member2 aku mesti tak percaya sebab sekarang ini aku
dah start layan cerita hantu.. HUHU..



Syncronizeq Rate :
Plot : 5 / 10
Action : 5 / 10
Cinematography : 5 / 10
Overall : 5 /10

Sebuah filem genre aksi komedi yang mula di tayangkan
pada Aidilfitri 2011. Pengarah , Penulis Skrip , Lakon Layar
dan Penerbit oleh Ahmad Idham.. Sinematografi oleh Raja Mukhriz..
Suntingan oleh Ahmad Mustadha Bin Samingon..
Durasi filem adalah 90 min.. Filem ini juga telah berjaya mencatatkan
kutipan tiket sebanyak RM8 Juta..

Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba
secara haram motor Drag. Satu hari lepas menang satu perlumbaan,
Amran di hadiahkan seorang perempuan bernama Maya sebagai
habuan perlumbaan. Malangnya ketika Amran memboncengnya,
mereka telah kemalangan dan Maya mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang
meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapatkan
bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak
keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah
Halimaton kekasihnya seorang jururawat enggan membantunya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan
daripada Maya. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz.
Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih
baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Selebihnya korang kena tengok sendiri. Cerita dia memang kelakar..

Secara keseluruhan filem ni memuaskan aku..
Yang muskilnya aku, hantu bonceng punya plot sekejap ajer..
Setengah jam seterusnya dah plot pasal lain.. HUHU..
Masa aku tengok filem ni aku rasa banyak scene aku gelak..
Ada sampai aku gelak sowang2, maybe aku gelak sebab
scene tu macam hiperbola sangat kot.. HUHU..
Apa2 pun filem ini menarik..

2 comments:

velasrizal berkata...

ramai dah layan filem ni rupanye

ct N honey berkata...

mula2 tgk dah kelakar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...