Selasa, 6 September 2011

My Syawal ( part 3 )

Share
Kita masih lagi di bulan syawal.. Open House masih banyak..
Ini lah masanya untuk kita ziarah menziarahi rumah keluarga
serta rakan2 terdekat sambil mohon maaf atas salah dan silap
kita sebelum ini sama ada sengaja atau tidak sengaja..

Mari kita sambung cerita raya aku di kampung halaman..
Hari raya ke-2 berlalu, kini Hari raya ke-3 pula tiba..
Kali ini aku bangun awal sikit pukul 12 tengah hari..
Oip,, kira awal lah ni dari sebelum ni pukul 3 ptg baru bangun..
Macam biasa bangun tidow pergi mandi lepas tu duduk
depan TV.. Still tak ke mana-mana raya ke-3..
Maklumlah aku tak ada lah kenal semua orang2 dekat situ..
Kalau ada yang bawak aku beraya aku ikut aja lah..

Agak boring jugak kali ni raya sebab duduk rumah aja..
Bukak broadband pun bukan ada line.. Kalau ada nak
kena panjat pokok.. HAHA.. So tengok aja lah TV..
Bosan2 aku ber-iPad jap tapi rasanya kalau ber-iPad
bukannya boleh buat bosan aku hilang pun..
Last2 aku ber-massage aja lah.. tu lagi best.. HUHU..

Dalam petang sikit akak aku yang sulung sampai..
Memang lagi bising lah rumah tu.. Anak dia ada 4..
So campur dengan akak aku yang no 4 semuanya
anak buah aku ada 7 yang datang.. Penuh dah rumah tu..
Kalau makan berhidang tu memang selera betul kita orang
makan sebab lagi ramai lagi meriah kan..

Malam tu macam biasa main bunga api, mercun..
Alkisah aku tak sempat nak beli mercunnya, tapi
nasib baik abang aku bawak kan.. Mercun bateri..
Ala mercun masa happy new year lah senang cerita..
Apa lagi aku pasang lah mercun tu.. HUHU..
Terbaik lah bakar mercun tu..

Esok harinya pulak burulah merasa aku beraya yer..
Gerak dengan family aku pergi rumah pak cik aku
tu pun dua rumah jer aku beraya lepas tu balik..
balik rumah ayah aku dulu , raya ke-5 baru aku balik
Kota damansara.. Ikut kan nak balik lepas beraya tapi
dah malam sangat, mana tak yer satu rumah raya
sampai 4-5 jam.. Tak kesahlah yang penting beraya..
Ini lah masa kita nak ziarah keluarga terdekat nak harapkan
hari lain nanti sibuk pulak.. Jadi itu sahaja yang dapat
aku ceritakan masa aku di bulan syawal di kampung..

Lepas ini balik kota damansara dah start nak sibuk dengan
short film, kena kejar dateline yang dah makin dekat..
Ada masa 2 minggu sebelum aku naik semesta baru..
Doakan kejayaan aku untuk buat short film tu nanti.. Amin..
Dah memang minat aku buat short film.. menang ker tak
menang belakang kira. yang penting puas hati dengan seronok..
Jadi kepada yang dah mula bekerja selamat berkerja..
Kepada yang baru nak pulang dari kampung berhati-hati
di jalan raya.. Yang dah start sekolah dengan semesta baru
selamat belajar and good luck dalam study..

2 comments:

nenghepi berkata...

Wah, mercon baterei tuh kyk gimana tuh ledakanny??
Jadi pengen liad juga :))

Syuk Ry berkata...

haha.. mmg best mercon ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...