Ahad, 12 Ogos 2012

film review : The Bourne Legacy

Share
Syncronizeq Rate 
Plot : 5 / 10
Action : 8 / 10
Cinematography : 3 / 10
Overall :  5.3 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 0 / 10
Adults : 5 / 10
Veteran : 0 / 10
Kaki Wayang : 7 / 10
Kaki Download : 7 / 10
  
Film review overall :
Filem arahan Tony Gilroy.. Penerbit Frank Marshall dan
Patrick Crowley.. Lakonlayar Tony Gilroy dan "Dan Gilroy"..
Suntingan John Gilroy.. Sinematografi Robert Elswit..
Berdasarkan "The Bourne Legacy" oleh Eric Van Lustbader..
Muzik James Newton Howard.. Dibintangi oleh Jeremy Renner ,
Rachel Weisz , Edward Norton , Joan Allen dan Albert Finney..
Durasi filem 135 Min.. Bajet filem $USD125-130 Juta..

Latar masa yang selari dengan Jason Bourne tetapi berlainan
plot hanya mempunyai persamaan watak yang mengasaskan
dalam program tersebut. Mengisahkan Aaron Cross seorang
ejen untuk operasi Outcome..  Akan tetapi operasi
Outcome terpaksa ditutup dan segala maklumat kemudahan
dan kajian berkenaan perlu di hapuskan..
Secara tidak langsung ejen Aaron Cross juga perlu dibunuh
bagi menghapuskan sisa-sisa operasi.. Walaubagaimanapun
Aaron Cross berjaya melepaskan diri ke Filipina dan
bersama-samanya Marta Shearing seorang saintis Outcome..
Dalam masa yang sama CIA tetap memburu mereka dan
menghantar seorang pembunuh upahan untuk menyelesaikan
masalah mereka.. Apakah yang akan berlaku seterusnya ??

comment : 
Secara keseluruhan biasa sahaja.. Jika anda menonton trilogy
Bourne tidak akan membantu anda untuk memahami plot ini
kerana filem ini mempunyai plot yang sangat berbeza.. Pengarah
cuba menunjukkan bahawa selain Bourne masih ada lagi
program yang sama atau seakan Bourne di dunia ini.. kamera
Angle sangat kucar di sarankan ambil tempat duduk belakang
untuk elakkan dari anda pening kepala.. Muzik tidak ada masalah..
p/s : Aaron Cross tiada kaitan dengan Jason Bourne !!
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

4 comments:

Annas Hamirzul Iszal berkata...

untung la tengok tak ajak kan..hahaha..

Syuk Ry berkata...

yer ker.. bkan ko kt sblah ak ker mse tgok cter ni.. haha..

KakiWayang.com berkata...

Terbaik review.

Meh baca review kami juga : The Bourne Legacy

Syuk Ry berkata...

review ko pn ter baik jgak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...