Share
Tahun ini beraya di Selangor sahaja bermaksud tidak pulang
ke kampung halaman.. Walaubagaimanapun sambutan tetap
meriah dan bersederhana.. Kakak yang sulung menawarkan
diri untuk menjadi tuan rumah pada raya kali ini..
Malam sebelum raya kami sudah berada di rumah akak
yang sulung untuk membuat persiapan menyambut raya
esok harinya.. Tidak kurang hebatnya anak buah yang kecil
bermain bunga api.. Sangat mencuit hati dengan gelagat
dan telatah mereka..
Hari raya pun tiba.. Seperti biasa bangun pagi dan bersiap
untuk ke surau menunaikan ibadah Sunat Solat Aidilfitri..
Selepas itu barulah kami makan bersama.. Juadah yang
ada beraneka pilihan, Lemang, Ketupat, Nasi Impit, Rendang
tapi aura ramadhan masih terasa jadi kami makan sekadar
mengalas perut atau cukupkan syarat sahaja.. :D
Kemudian disusuli dengan agenda memberi duit raya..
Memang meriah.. Selepas habis memberi duit raya kami
semua berkumpul semula untuk bergambar.. Mengikut
kategori bergambar semua, anak2, cucu2 dan CANDIT !!
Tidak lupa beberapa footage video diambil al-maklum
nak buat video raya keluarga untuk kenangan..
Pulang semula ke kota damansara menziarah pusara ibunda
tersayang.. Tahlil dibuat dan surah Al-Fatihah di sedekahkan
kepadanya.. Setelah selesai kami pulang ke rumah untuk
menyambung kemeriahan dan di tambah pula menyambut hari
jadi anak Kak-Der dan Kak-Ngah saya.. Bukan senang dapat
berkumpul satu keluarga.. Hoyee.. !! Akan bersambung...
0 comments:
Catat Ulasan