Share
Hipokrit (orang yang) berpura-pura (berkelakuan, bersifat,) baik,
(orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada
yang sebenarnya, munafik. Soalnya bagus ke ? Hipokrit masih
ada kegunaannya tetapi perlu tahu situasinya sahaja..
Kebaikan :
1. Bekerja
Hipokrit perlu dalam bekerja kerana itu mampu menjadi motivasi
kepada anda untuk berusaha dan pergi lebih jauh.. Contoh
walaupun kita tidak suka bekerja di bawah satu pengurusan
tetapi anda tidak mampu untuk keluar atau mencari kerja yang
lebih baik dari itu caranya anda perlu berkelakuan baik walaupun
hati dan perasaan anda sebaliknya.. Jika gagal melakukannya
minta nasihat kaunseling..
2. Belajar
Juga perlu untuk meningkatkan daya fokus dan tumpuan.. Misalnya
mata pelajaran itu sangat susah di fahami, jika kita tidak mampu
memberi tumpuan sebaiknya kita bersifat lebih baik atau positif
dengan cara ini kita mampu memanipulasi minda untuk menjadikan
mata pelajaran itu lebih mudah di fahami.. Jika tidak berjaya
anda perlu mendapatkan tuisyen tambahan..
3. Menyelamatkan Nyawa
Misalnya anda ditimpa musibah, keluarga anda di culik atau di rompak
dan mereka mahukan wang ringgit bagi mereka untuk melepaskan
anda dari ugutan bunuh atau sebagainya..
Walaubagaimanapun anda tiada wang untuk diberi.. Apa cara terbaik
anda..? Saya yakin anda akan Hipokrit dan Menipu dengan memberi
tahu wang tersebut ada dan akan diserahkan kepadanya dengan
harapan anda melengahkan masa untuk menunggu bantu sampai..
Jika tidak berjaya jalan terbaik adalah berserah kepada Tuhan/(Allah).
Keburukan :
4. Perhubungan
Jangan menggunakan dalam keadaan ini kerana dalam perhubungan
kita perlu jujur.. Tidak kira perhubungan sesama rakan, keluarga,
ibu bapa, mahupun suami isteri.. Jangan sesekali kita gunakannya
kerana ia mampu memusnahkan segala apa yang kita bina..
5. Ibadah
Jangan hipokrit atas ibadah yang kita lakukan kepada Tuhan/(Allah)
kerana anda bakal tergolong dalam orang yang munafik.. Lakukan
ibadah dengan sebaik-baiknya dan jangan sesekali kita abaikannya..
6. Diri Sendiri
Perlukah anda menjadi hipokrit untuk membuatkan orang lain
menerima anda ? Sebaiknya tidak perlu kerana ini memudahkan
anda di kemudian hari kelak.. Akan tetapi jika anda rasa hipokrit
membolehkan orang mampu menerima anda fikirkan apa pula akan
terjadi jika mereka mengetahui sifat anda yang sebaliknya..
**Hipokrit bukan satu sifat yang boleh kita jadikan permainan
jika tersilap langkah ia mampu memakan diri sendiri
0 comments:
Catat Ulasan