Khamis, 23 Ogos 2012

film review : The Expendables 2

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 6 / 10
Action : 9.5 / 10
Cinematography : 5 / 10
Overall :  6.8 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : - / 10 [18]
Adults : 8 / 10
Veteran : 9 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
  
Film review overall :
Sebuah filem arahan Simon West.. Penerbit oleh Avi Lerner,
Danny Lerner , Kevin King Templeton dan Les Weldon..
Lakonlayar oleh  Richard Wenk dan Sylvester Stallone..
Cerita asal Ken Kaufman , David Agosto dan Richard Wenk..
Suntingan Todd E. Miller.. Sinematografi Shelly Johnson..
Berdasarkan "Characters" oleh David Callaham..
Muzik oleh Brian Tyler.. Dibintangi oleh Sylvester Stallone,
Terry Crews , Bruce Willis , Dolph Lundgren , Chuck Norris,
Jason Statham, Randy Couture , Liam Hemsworth,
Jean-Claude Van Damme , Jet Li dan Arnold Schwarzenegger..
Durasi filem 103 Min.. Bajet filem $USD100 Juta..

Mengisahkan Barney Ross dan ahli kumpulannya menjalankan
misi yang telah di berikan oleh Mr.Church untuk mendapatkan
semula alat pengesan plutonium dalam pesawat kargo yang
di serang dan terhempas di kawasan hutan Albania..
*plutonium adalah bahan radioaktik digunakan dalam bom nuklear

Tetapi malangnya misi mereka gagal kerana Jean Vilain telah
menangkap salah seorang ahli kumpulan Barney Ross iaitu
Billy dan menjadikannya sebagai tebusan.. Jean Vilain
meminta alat pengesan tersebut sebagai ganti tebusannya itu..
Walaubagaimanapun Jean Vilain tetap membunuh Billy
setelah permintaan di tunaikan.. Berjayakah Barney Ross
dan kumpulannya mendapatkan semula alat tersebut
serta membalas dendam atas apa yang telah berlaku..??

comment : 
Padat dengan aksi tempur, stratergi, dan tembak menembak..
Sangat sesuai untuk tentera atau polis kerana mampu
memberikan suntikan semangat juang.. Untuk plot biasa sahaja
cuma lebih baik berbanding yang sebelumnya.. Kecewa sedikit
kerana watak Jet Li yang diwar warkan hanyalah sampingan..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...