Isnin, 7 April 2014

film review : Captain America [The Winter Soldier]

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7.5 / 10
Action : 8 / 10
Effect : 8 / 10
Cinematography : 7.5 / 10
Overall :  7.8 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 9 / 10
Adults : 8/ 10
Veteran : 3 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
BEST IN : 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[---]

Film review overall :
Filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo.. Penerbit oleh Kevin Feige.. Skrip oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely. Berdasarkan Captain America oleh Joe Simon dan Jack Kirby.. Sinematografi oleh Trent Opaloch.. Muzik oleh Henry Jackman .. Suntingan oleh Jeffrey Ford.. Dibintangi oleh Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Frank Grillo, Emily VanCamp, Hayley Atwell, Robert Redford, dan Samuel L. Jackson.. Bajet $USD 170 Juta.. Durasi 136 minit..

Mengisahkan Steve Rogers dalam usaha menangani krisis dalaman S.H.I.E.L.D selepas pembunuhan Nick Fury. Sebelum Fury di bunuh dia sempat menyerahkan USB yang mempunyai maklumat berkenaan Projek Insight dan mengarahkan Rogers untuk memastikan ianya dalam keadaan selamat dan memintanya untuk merahsiakan hal berkenaan. Roger kemudian bersama Natasha Romanoff cuba untuk menganalisa segala data yang terkandung dalam pemacu USB tersebut dan berakhir di New Jersey iaitu sebuah pusat latihan tentera yang terbiar dan terpencil.

Akhirnya mereka terperangkap dan mendapati bahawa HYDRA telah menguasai S.H.I.E.L.D secara rahsia melalui orang dalam dan Projek Insight adalah projek untuk menghapuskan kesemua orang yang memberi ancacam kepada HYDRA.. 

comment : 
Jadi dari segi logik memang kelaut betul.. Captain America berlawan mengunakan perisai dan kesemua agen elit serta penembak tepat gagal menembak pada kaki mahupun betis walaupun perisai sebesar saiz large pizza.. Teknologi yang dasyat-dasyat kita ketepikan sebab itu dunia marvel. 1 denyutan per-minute, Wooo.. Akhirya semua marvel lepas ini dah ada 2 ending tahniah nasib ending kedua tidak seteruk Thor 2..

Untuk keseluruhan adalah menarik dan menghiburkan dan lebih baik berbanding Captain America sebelumnya.. Hail Hydra !!
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

1 comments:

Steven Grant berkata...

It was an interesting & useful post. Hoping to get more posts like these. Found another useful post here: Email Database Canada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...