Ahad, 6 April 2014

film review : Divergent

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7.5 / 10
Action : 6 / 10
Effect : 6 / 10
Cinematography : 8 / 10
Overall :  6.9 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 3 / 10
Adults : 7/ 10
Veteran : 3 / 10
Kaki Wayang : 7 / 10
Kaki Download : 5 / 10
BEST IN : 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[---]

Film review overall :
Filem arahan Neil Burger.. Penerbit oleh Douglas Wick, Lucy Fisher dan Pouya Shabazian.. Lakonlayar oleh Evan Daugherty dan Vanessa Taylor.. Berdasarkan Divergent oleh Veronica Roth.. Sinematografi oleh Alwin H. Küchler.. Muzik oleh Junkie XL .. Suntingan oleh Richard Francis-Bruce.. Dibintangi oleh Shailene Woodley, Theo James, Ashley Judd, Jai Courtney, Ray Stevenson, Zoë Kravitz , Miles Teller, Tony Goldwyn, Maggie Q dan Kate Winslet.. Bajet $USD 85 Juta.. Durasi 139 minit..

Bandar Chicago selepas peperangan yang masyarakatnya dibahagikan kepadda 5 puak. Abnegation [yang berdikari sedirian dan membantu golongan yang lain] -Dauntless [Gagah dan berani menjaga keamanan puak] -Candor [Jujur dalam pentadbiran dan kehakiman] -Erudite [Bijaksana mempunyai ilmu yang boleh membantu puak] dan - Amity [Peladang yang mengamalkan keharmonian dan keamanan]. Apabila seorang remaja telah mencapai usia 16tahun mereka mesti memilih untuk tinggal salah satu di antara kelima puak dan mereka perlu mendahulukan puak daripada keluarga.

Plot berkembang apabila Beatrice menghadapi masalah dalam pemilihan puak, sebelum pemilihan berlaku mereka perlu menjalani simulasi bagi menetapkan puak yang sesuai, dalam hal ini Simulasi yang dilakukan tidak dapat memberikan konklusi puak kepadanya. Oleh itu dia di golongkan sebagai Divergent, dan golongan ini memberi ancaman dalam sistem puak dan jika di ketahui oleh orang lain dia akan di bunuh.. Beatrice terpaksa memilih 1 puak bagi mengaburi pihak lain tentang perkara ini, dan adakah dia akan terselamat..??

comment : 
Hunger Game, Mortal Instrumental dan hurrmm macam sama sahaja plot, Rasanya pelakon sahaja lain. Tidak mahu sentuh berkenaan novel kerana sememangnya 100% pembaca novel akan merungut dari segi jalan cerita, secara jujur bukan senang nak buat adaptasi.. Kalau 100% sama dengan novel pun bosan jugak. Sinematografi dan score menarik, teruja dengan score Dauntless dan sinematografi flying fox dan selebihnya boleh tahan..

Secara keseluruhan menghiburkan dan filem ini tidak slow sangat dari segi perkembangan plot dan watak.. Untuk permulaan franchise ini menarik dan kalau pengarah nak buat sequel mungkin akan tengok lagi..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...