Sabtu, 2 Mac 2013

film review : Jack The Giant Slayer

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8 / 10
Action : 8 / 10
Cinematography : 8.3 / 10
Overall :  8.1 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 4 / 10
Adults : 8 / 10
Veteran : 2 / 10
Kaki Wayang : 8 / 10
Kaki Download : 9 / 10

Film review overall :
Arahan Bryan Singer.. Penerbit oleh Neal H. Moritz,
David Dobkin, Bryan Singer, Patrick McCormick dan Ori Marmur..
Lakonlayar oleh Darren Lemke, Christopher McQuarrie dan
Dan Studney.. Cerita asal Darren Lemke dan David Dobkin..
Sinematografi Newton Thomas Sigel.. Musik John Ottman..
Suntingan oleh John Ottman dan Bob Ducsay..
Dibintangi oleh Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson,
Stanley Tucci, Ian McShane, Bill Nighy dan Ewan McGregor..
Durasi 114 Min.. Bajet $USD195 Juta..

Mengisahkan Jack seorang anak kepada peladang yang
mempercayai kewujudan gergasi yang berada di atas langit
berdasarkan buku peninggalan ibunya.. Plot bermula apabila
seorang sami telah memberikan seuncang beg berisi kacang
yang di katakan mempunyai kuasa mistik yang mampu
memusnahkan dunia jika jatuh ke tangan orang lain..

Jack kemudiannya pulang ke rumah untuk memberitahu
pak ciknya.. Malangnya pak ciknya tidak mempercayainya..
Lalu mencampakkan uncang tersebut, secara tidak langsung
sebiji kacang telah terjatuh ke atas tanah.. Malamnya hujan
turun kemudian seorang wanita datang ke rumahnya untuk
berteduh dari hujan.. Jack tidak menyangka yang wanita
tersebut adalah seorang puteri dari negaranya..
Walaubagaimanapun pertemuan mereka tidak lama, kacang
yang terjatuh tadi telah bertindak balas dengan air hujan lalu
membesar, serta menjalar ke atas dengan pantas. Puteri
tersebut terperangkap di dalam rumah manakala Jack tidak
berjaya untuk mengeluarkannya lalu jatuh ke tanah.. Adakah
Jack berjayakan menyelamatkan puteri tersebut ??

comment : 
Sekali lagi kisah dongeng telah di modenkan dan kali
ini Jack adalah sebagai pembunuh gergasi.. Walaupun ini
adalah kisah dongeng tetapi ianya tidak sesuai di tonton oleh
kanak-kanak bawah 10thn sebab gergasinya boleh menakutkan
mereka.. Kesan khas yang menarik serta latar tempat yang unik..

Jalan cerita biasa sahaja dan mudah di fahami.. Secara
keseluruhan menarik, kepada sesiapa yang belum
berkesempaan untuk menontonnya, jangan lupa saksikannya..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...