Share
Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina,
Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas
tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu,
Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan
Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.
Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum
dapat dipastikan. Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan
tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6
pagi waktu tempatan. Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu juga
meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina
pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut
meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.
Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari
insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam
keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke
sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah
membuka (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.
Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini
yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan
diragui. Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya
untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah
mengarahkan tentera sultan meninggalkan Sabah secepat mungkin
seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.
Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai
bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya
melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan
ditahan pihak berkuasa. Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah
(SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi
menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar
bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing. Deretan kedai
dan pasaraya di bandar itu ditutup sejak perintah tersebut berkuat
kuasa sehingga sekarang.
Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam
kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam
lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.
Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan
MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar
itu awal pagi tadi.
Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi
jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera
Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari.
“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI
MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG
TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD
DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″
2 comments:
aku risau memikirkan apa yang terjadi dekat Sabah sekarang nih
moga keadaan kembali aman seperti sediakala
amin
ya.. moga mereka semua slamat.. :)
Catat Ulasan