Jumaat, 8 Mac 2013

film review : Oz The Great and Powerful

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8.2 / 10
Action : 8.5 / 10
Cinematography : 8.5 / 10
Overall :  8.3 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 6 / 10
Adults : 9 / 10
Veteran : 5 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10

Film review overall :
Filem arahan Sam Raimi.. Penerbit oleh Joe Roth..
Lakonlayar oleh David Lindsay-Abaire dan Mitchell Kapner..
Berdasarkan The Oz series oleh L. Frank Baum ..
Sinematografi oleh Peter Deming.. Musik oleh Danny Elfman..
Suntingan oleh Bob Murawski.. Walt Disney Pictures..
Dibintangi oleh James Franco, Mila Kunis, Rachel Weisz,
Michelle Williams, Zach Braff, Bill Cobbs dan Joey King..
Durasi 130 Min.. Bajet $USD200 Juta..

Oscar Diggs atau nama gelarannya Oz, adalah seorang ahli silap
mata kecilan sahaja di sarkas dan beliau juga mempunyai sikap yang
sangat pentingkan diri sendiri.. Walaubagaimanapun beliau
mempunyai cita-cita untuk menjadi orang yang terunggul dan
terhebat.. Plot bermula apabila beliau diterbangkan oleh puting
beliung ke tempat bernama Oz.
Disana dia berjumpa tiga orang ahli sihir bernma Theodora,
Evanora , dan Glinda dan mereka berpegang pada ramalan
bahawa seorang  ahli sihir lelaki terhebat akan muncul dan
bakal menyelamatkan Oz dari ahli sihir jahat..

Oleh kerena kemasyuran serta kekayaan, Oscar Diggs sanggup
menipu dengan mengaku dirinya adalah ahli sihir tersebut..
Untuk itu beliau terpaksa membuktikan kekuasaannya dengan
mengalahkan ahli sihir jahat yang sedang menguasai Oz..

comment : 
Suntingan yang sangat unik.. Tertarik dengan permulaan
menggunakan warna hitam putih bernisbah 4:3 dan kemudiannya
bertukar kepada 16:9 berwarna apabila plot bermula.. Penggunaan
warna vivid dalam suntingan memberikan sentuhan warna warni..

Tapi kesan khas yang semasa Glinda melawan Evanora terasa
macam kartun.. Secara keseluruhannya filem ini terbaik
dan sesuai untuk tontonan umun.. Oleh kerana ia berdasarkan
cerita bersiri ini bermakna tidak mustahil akan ada pembikinan
filem yang seterusnya, saya juga tidak sabar untuk menontonnya..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

4 comments:

Hans Hanis berkata...

best la ko dah tgok

Syuk Ry berkata...

ko pn kne lah tgok jgk.. huhu.. best kot..

Unknown berkata...

Seronok sangat cerita ni, just tak puas hati ahli sihir tu terus bertukar jahat

Syuk Ry berkata...

ni just prequel jer.. Oz series ada 9 smua yer.. so msih ader smbungan.. tnggu smbungan yer The wonderful of Oz thun dpn yer.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...