Rabu, 14 November 2012

film review : Istanbul Aku Datang

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8.3 / 10
Cinematography 8.3 / 10
Overall :  8.3 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 3 / 10
Adults : 7 / 10
Veteran : 4 / 10
Kaki Wayang : 8 / 10
Kaki Download : 10 / 10
  
Film review overall :
Arahan Bernard Chauly.. Pembantu Umi Salwana binti Omar..
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Lina Tan Suan Jeu..
Suntingan oleh Wong Hui Lynn.. Cerita asal dan lakonlayar
oleh Rafidah.. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok, dan
Beto Kusyairi.. Durasi 99 Min..

Mengisahkan Dian yang pergi ke Istanbul demi berjumpa
kekasihnya Azad yang belajar di sana dalam kursus perubatan..
Dian juga berharap sepanjang dia menggambil kursus pendek
bahasa turki selama 3 bulan dapatlah beliau menarik perhatian
Azad untuk melamarnya sebagai isteri..

Walaubagaimanapun apa yang di rancang tidak menjadi dan
dia merasakan Azad sudah berubah tidak seperti dahulu lagi..
Dian juga terpaksa tinggal bersama seorang lelaki yang
tidak dikenali akibat di tipu sewaktu mencari rumah sewa..
Apakah yang akan Dian lakukan seterusnya..

comment : 
Saya tertarik dengan filem ini.. Secara jujurnya sebelum saya
masuk panggung saya dalam keadaan mengantok tapi tidak sangka
saya dapat menghayati filem ini sehingga habis.. Pengarah berjaya
menyampaikan sebuah filem romantis yang menarik..

Kalau dapat masukkan instrumental dalam filem ini akan menjadi
lebih menarik lagi-lagi ianya direka orang tempatan..
Jadi kepada sesiapa yang belum menonton filem ini jangan lupa
saksikannya di panggung dan saya jamin anda tidak akan
rugi kerana filem ini sangat menarik..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

2 comments:

Admin berkata...

huuhu..
tak brkesempatan lagi nak tgk..

Syuk Ry berkata...

jgn tnggu lame2.. nnt dh xder kat wayang rugi.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...