Jumaat, 30 November 2012

film review : Lagenda Budak Setan 2 : Katerina

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8.4 / 10
Cinematography 8.4 / 10
Overall :  8.4 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 3 / 10
Adults : 7 / 10
Veteran : 4 / 10
Kaki Wayang : 8 / 10
Kaki Download : 10 / 10
  
Film review overall :
Arahan, lakonlayar dan penerbit bersama Sharad Sharan..
Penerbit oleh Rene Sharan, Ary dan Jailani Abdul Ghani..
Suntingan oleh Kate James.. Skrip oleh Ahadiat Akashah..
Pengarah fotografi oleh Mike Muschamp.. Pengarah Seni oleh
Tommy Mansor.. Pembantu Pengarah oleh Effendee..
Dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Lisa Surihani, 
Siti Khatijah, Bront Palarae , Sheila Mambo
dan Azri Iskandar.. Durasi 112 Min..

Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu,
selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan
isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih
sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya
untuk berdepan semula dengan Kasyah.
Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman
dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar
buatkan Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula
antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate
sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.
Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya.
Adakah mereka bersama semula, saksikan di pawagam berdekatan..

comment : 
Saya adalah seorang yang bukan penggemar membaca novel
tetapi minat menonton wayang, secara keseluruhan filem ini
sangat memuaskan, akan tetapi saya merasakan hari pertama
filem ini ditayangkan agak hambar..

Dari segi jalan cerita dan perubahan dari satu babak ke satu
babak tiada masalah, para pelakon juga menjiwai watak
yang diberikan.. Jadi saya berharap agar mereka yang
berada di luar sana sama-sama pergi menonton filem ini
dipawagam dan jangan lupa sambungannya tahun hadapan..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

2 comments:

Nurmujahidah Ismail berkata...

tengok iklan pun dah rasa nak tengok sangat citer ni,, katerina tu sape ye,, yang fazura time part 1 dulu tu ke ek,, mmm lupa laa

Syuk Ry berkata...

yup fazura yg part 1 2.. cuma dia tukar pelakon maya karin jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...