Jumaat, 2 November 2012

film review : Paranormal Activity 4

Share


Syncronizeq Rate 
Plot : 4 / 10
Action : 5 / 10
Cinematography : 6 / 10
Overall :  5 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 1 / 10
Adults : 7 / 10
Veteran : 2 / 10
Kaki Wayang : 4 / 10
Kaki Download : 3 / 10
  
Film review overall :
Filem arahan bersama Henry Joost dan Ariel Schulman..
Penerbit oleh Oren Peli , Jason Blum dan Steven Schneider..
Skrip oleh Zack Estrin dan Christopher B. Landon..
Dibintangi oleh Katie Featherston , Kathryn Newton ,
dan Brady Allen.. Durasi 88 Min.. Bajet filem $USD5 Juta..

Sambungan Paranormal Activity 2  yang dimana Katie
telah menculik Hunter dan menghilangkan diri selama 5 tahun.
Paranormal Activity 4 bermula dengan Alex dan adik lelakinya
Wyatt. Mereka berjiran dengan Robbie yang kemudiannya
menetap sementara di rumah Alex kerana ibunya terpaksa
dimasukkan ke hospital.

Semasa Robbie menetap sementara dengan keluarga Alex banyak
perkara aneh telah berlaku. Robbie juga menunjukkan kebolehannya
berkomunikasi dengan seseorang yang bernama Toby.

Keganjilan tersebut memaksa Alex memantau perkara aneh yang
berlaku di rumah tersebut dengan bantuan teman lelakinya Ben.
Kemudian Robbie mula menyerap masuk Wyatt untuk menjadi
sebahagian dari mereka yang secara tidak langsung adalah Hunter.
Untuk itu Wyatt perlu melepasi tiga fasa sebelum sepenuhnya
menjadi sebahagian dari mereka. Apakah fasa tersebut dan
berjayakah Wyatt melepasi kesemua fasa tersebut..??

comment : 
Banyak idea baru seperti rakaman Kinect pergerakan Toby,
rakaman laptop, tidak dinafikan penyampaian yang menarik tetapi
jangan risau tidak seram berbanding sebelum ini.. Saya lebih
mengharapkan plot Toby ataupun penamat kepada filem
Paranormal Activity tetapi nampaknya ia mungkin akan ada
sambungan. Masih samar dengan watak Robbie kerana watak
ini baru diperkenalkan dalam Paranormal 4 (mungkin)..

Tetapi plot kali ini dapat merungkai macam mana seseorang
yang akan menjadi sebahagian dari mereka perlu melepasi 3
tahap dan tahap terakhir adalah mengorbankan seseorang yang
masih suci. Anda perlu menonton Paranormal 1,2 dan 3 sebelum
anda menonton Paranormal Activity 4 untuk lebih memahaminya.
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...