Selasa, 12 November 2013

film review : THOR The Dark World

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7 / 10
Action : 7 / 10
Effect : 8 / 10
Cinematography : 7 / 10
Overall :  7.3 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 9 / 10
Adults : 9 / 10
Veteran : 1 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
BEST IN : Normal-[---] 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[ X ]

Film review overall :
Filem arahan oleh Alan Taylor.. Penerbit oleh Kevin Feige.. Cerita asal oleh Miles Chapman.. Skrip oleh Don Payne dan Robert Rodat.. Berdasarkan THOR oleh Stan Lee, Larry Lieber dan Jack Kirby..Lakonlayar oleh Christopher Yost, Christopher Markus dan Stephen McFeely.. Muzik oleh Brian Tyler.. Sinematografi oleh Kramer Morgenthau.. Suntingan oleh Dan Lebental dan Wyatt Smith.. Dibintangi oleh Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Anthony Hopkins, Stellan SkarsgĂ„rd, Idris Elba, Christopher Eccleston, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Kat Dennings, Ray Stevenson, Zachary Levi, Tadanobu Asano, Jaimie Alexander dan Rene Russo.. Durasi 111 Min.. Bajet $USD 170 Juta..

Zaman Dahulu, Bor , bapa Odin , telah bertempuran dengan Dark Elf Malekith , Dark Elf mahu memusnahkan alam semesta dengan menggunakan senjata yang dikenali sebagai Aether. Akan tetapi ayah Odin berjaya menumpaskan Dark Elf dan senjata Aether telah di hantar ketempat yang tidak di ketahui.

Kini di Asgard , Loki dipenjarakan kerana jenayah perang di Bumi . Sementara itu , Thor dan rakan seperjuangannya pahlawan Fandral , Volstagg dan SIF menangkis perompak di Vanaheim , tempat menetapnya Hogun komrad mereka, ia adalah pertempuran terakhir dalam peperangan untuk mengembalikan keamanan Sembilan Alam berikutan pembinaan semula Bifrost atau dikenali sebagai " Rainbow Bridge " di antara alam , yang telah dimusnahkan dua tahun sebelumnya.
Di London, astrofizik Dr Jane Foster , telah menemui satu fenomena anih di sebuah kilang di mana objek telah mula tidak mematuhi undang-undang fizik dan hilang. Apakah yang berlaku seterusnya.. Adakah kejadian anih tersebut mampu memudaratkan keamanan bumi..??

comment : 
Lakonan yang mantap dari Tom/Loki.. Secara ringkas meletakkan unsur komedi boleh memberikan impak yang bagus akan tetapi penggunaan komedi yang kurang sesuai seperti Professor yang ditangkap berlari tidak berpakaian semasa sedang menjalankan ujikaji menampakkan filem ini sangat teruk kepada peminat filem Marvel. Audio fx yang terlalu kuat juga mengganggu pendenggaran penonton..

Untuk keseluruhan filem ini memuaskan dan terhibur.. Jangan ambil komen ini sepenuhnya tontonnya sendiri..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...