Ahad, 27 Oktober 2013

film review : Escape Plan

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 6.5 / 10
Action : 7 / 10
Effect : 6 / 10
Cinematography : 7 / 10
Overall :  6.6 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : -- / --
Adults : 9 / 10
Veteran : 1 / 10
Kaki Wayang : 6 / 10
Kaki Download : 9 / 10
BEST IN : Normal-[---] 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[---]

Film review overall :
Filem arahan oleh Mikael Håfström.. Penerbit oleh Robbie Brenner, Mark Canton, Randall Emmett, George Furla dan Kevin King Templeton.. Cerita asal oleh Miles Chapman.. Lakonlayar oleh Miles Chapman dan Jason Keller.. Muzik oleh Alex Heffes.. Sinematografi oleh Brendan Galvin.. Suntingan oleh Elliot Greenberg.. Dibintangi oleh Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Jim Caviezel, Amy Ryan, Vinnie Jones, Sam Neill dan Curtis "50 Cent" Jackson.. Durasi 115 Min.. Bajet $USD 50 Juta..

Mengisahkan Ray Breslin seorang dari badan bukan kerajaan yang bekerja sebagai penilai keselamatan untuk sesebuah penjara kerajaan, beliau banyak melakukan percubaan memboloskan diri dari penjara bagi membuktikan sesebuah penjara mempunyai tahap keselamatan yang bagus. Satu hari selepas berjaya menyelesaikan tugasnya, beliau di datangi oleh seorang agen dari CIA dan memberikan tugas untuk menguji sebuah penjara yang lokasinya tidak di ketahui dan dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang paling tinggi..

Pada mulanya rakannya tidak bersetuju dengan tugasan tersebut akan tetapi rakan kongsinya Lester Clark mengenakan bayaran yang tinggi dan menyebabkan Ray Breslin bersetuju dan menerima tugasan tersebut, berjayakan Ray Breslin memboloskan dari dari penjara tersebut..??

comment : 
Filem ini menarik cuma pemilihan pelakon kurang mantap.. Jika filem ini dikeluarkan 10 tahun dahulu maka Stallone dan Schwarzenegger akan lebih terserlah.. Watak warden Jim Caviezel sangat tak menarik, nak buat macam sinis dan tegas akhirnya nampak macam entah apa-apa.. Penggunaan skrip yang biasa sahaja..

Untuk keseluruhan filem ini memuaskan dan terhibur.. Jangan ambil komen ini sepenuhnya tontonnya sendiri..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...