Selasa, 19 November 2013

film review : Ender's Game

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8.5 / 10
Action : 8 / 10
Effect : 9 / 10
Cinematography : 6 / 10
Overall :  7.9 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 9 / 10
Adults : 9 / 10
Veteran : 0 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
BEST IN : Normal-[---] 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[ X ]

Film review overall :
Filem arahan oleh Gavin Hood.. Penerbit oleh Roberto Orci, Alex Kurtzman, Gigi Pritzker, Linda McDonough, Robert Chartoff, Lynn Hendee, Orson Scott Card dan Ed Ulbrich.. Berdasarkan Ender's Game oleh Orson Scott Card.. Muzik oleh Steve Jablonsky.. Sinematografi oleh Donald McAlpine.. Suntingan oleh Zach Staenberg.. Dibintangi oleh Asa Butterfield, Harrison Ford, Ben Kingsley, Viola Davis, Hailee Steinfeld dan Abigail Breslin.. Durasi 114 Min.. Bajet $USD 110 Juta..

Latar masa hadapan, alien telah menyerang Bumi. International Fleet Commander Mazer Rackham telah berjaya menghalang serangan alien tersebut yang mengorbankan nyawanya sendiri. Dalam persediaan untuk menghadapi serangan yang berikutnya, Kolonel Hyrum Graff telah memilih dan melatih Ender Wiggin, seorang pemimpin muda memiliki pemikiran strategik yang cemerlang.  

Kemudian Ender di hantar ke institusi perang dan seterusnya institusi kepimpinan di luar cakerawala bumi bagi memimpin angkatan perang bumi untuk berperang dengan alien yang di jangkakan bakal menyusul selepas 50 tahun peristiwa pengorbanan Mazer Rackham.. Berjayakah Ender memimpin dan adakah jangkaan serang alien itu benar..?? 

comment : 
Filem yang menarik serta mempunyai pengajaran yang besar.. Jalan cerita adalah berdasarkan 80% dari novel selebihnya sudah di ubah.. Kebanyakan pembaca novel berpendapat filem ini kurang menarik disebabkan latar masa yang di singkatkan serta penyampaian watak yang kurang berkesan.. Akan tetapi pengarah telah melakukan penyesuaian plot bagi membuatkan filem ini lebih releven.. Tidak di sangkal kesan khas yang menarik..

Untuk keseluruhan filem ini memuaskan dan terhibur.. Jangan ambil komen ini sepenuhnya tontonnya sendiri..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...