Khamis, 2 Mei 2013

film review : Mencari Cinta

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7 / 10
Action : -- / --
Effect : 3 / 10
Cinematography : 4 / 10
Overall :  4.6 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 2 / 10
Adults : 6 / 10
Veteran : 2 / 10
Kaki Wayang : 6 / 10
Kaki Download : 5 / 10

Film review overall :
Sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi..
Penerbit oleh Armnet Integrated Sdn. Bhd. , 
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. , 
dan MIG Pictures Sdn. Bhd... Suntigan oleh Mat Bross..
Dibintangi oleh Nora Danish Rusdi Ramli, Riezman Khuzaimi, 
Ery Hamzah, dan Connie Ahmad.. Durasi 90 Min..

Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada
mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek
pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan
niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala
persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan
ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang
begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi
ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya
Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan
menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.

comment : 
Terasa pertukaran setiap babak sangat cepat dan terlalu
ketara. Babak tidak logik pun banyak jugak.. Motif Malik
mahukan kembali Myra sangat lemah dan babak di bangsal,
sepatutnya orang yang tukang bakar itu patut serang Myra..
Myra masa dalam bangsal boleh lepaskan diri apa..
Nampak Kayu belambak dekat dalam bangsal di atas..

Apa-apa pun tahniah saya rasa filem ini boleh jadi lebih
menarik kalau di beri penekanan pada suntingan, saya
berpendapat dialog dalam filem ini menarik dan bersesuaian
jadi teruskan, jangan buat sekadar macam cerekarama sahaja..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

2 comments:

Kumbang Jingga berkata...

ooo ni filem yg ada babak ranjang tu kan..sy mesti tgk kihkihkih

Syuk Ry berkata...

haha.. boleh di katakan lah.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...