Sabtu, 18 Mei 2013

film review : The Great Gatsby

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7 / 10
Action : 3 / 10
Effect : 6 / 10
Cinematography : 8 / 10
Overall :  6 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 1 / 10
Adults : 3 / 10
Veteran : 1 / 10
Kaki Wayang : 5 / 10
Kaki Download : 7 / 10

Film review overall :
Filem arahan dan penerbit oleh Baz Luhrmann..
Penerbit oleh Douglas Wick, Lucy Fisher, Catherine Martin,
dan Catherine Knapman.. Sinematografi oleh Simon Duggan..
Lakonlayar oleh Baz Luhrmann dan Craig Pearce..
Skrip oleh Roberto Orci, Alex Kurtzman dan Damon Lindelof..
Berdasarkan novel The Great Gatsby oleh F. Scott Fitzgerald..
Suntingan Matt Villa, Jason Ballantine dan Jonathan Redmond..
Musik oleh Craig Armstrong.. Dibintangi oleh Leonardo DiCaprio,
Tobey Maguire, Carey Mulligan, Joel Edgerton, Isla Fisher,
Elizabeth Debicki, Jason Clarke, Adelaide Clemens dan
Amitabh Bachchan.. Durasi 143 Min.. Bajet $USD 105 Juta..

Mengisahkan Nick Carraway bakal seorang penulis yang
meninggalkan Midwest dan menetap di New York untuk mengejar
cita-citanya.. Plot bermula dengan Jay Gatsby seorang jutawan
yang di katakan sangat kaya. Beliau selalu mengadakan parti terbuka
yang di hadiri oleh kebanyakan orang ternama di New York.

Boleh dikatakan dia mengadakan parti pada setiap malam. Pada suatu
hari dia bertemu semula dengan kekasih lamanya Daisy, kemudiannya
dia cuba memikat semula hati Daisy dengan kekayaan-nya..
Namun begitu halangan tetap ada, apakah yang berlaku seterusnya ?

comment : 
Dari segi penyampaian cerita boleh di katakan bagus kerana
cerita di lihat dari sudut watak Nick Carraway seorang yang 
bakal menulis cerita The Great Gatsby.. Pengarah banyak 
bermain dengan pemandangan serta sinematografi yang luas..
Pemandangan yang di tayangan sangat menarik dengan sentuhan
kesan khas serta warna yang bersesuaian dengan latar masa..

Penggunaan musik jazz moden agak tidak bersesuaian dan 
adakalanya langsung tidak sesuai.. 1922, kereta tidak sepatutnya
ada super cas lagi, melainkan kalau ada Howard Stark
ayah si Iron Man, boleh-lah di kecualikan.. Untuk keseluruhan
filem ini menarik dan menghiburkan.. Sesuai tengok dalam 2D..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...