Rabu, 10 April 2013

film review : Oblivion

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 8 / 10
Action : 8 / 10
Effect : 9 / 10
Cinematography : 8 / 10
Overall :  8.3 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 6 / 10
Adults : 7 / 10
Veteran : 3 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10

Film review overall :
Filem arahan dan terbitan oleh Joseph Kosinski..
Penerbit bersama Joseph Kosinski, Peter Chernin,
Ryan Kavanaugh dan Dylan Clark.. Lakonlayar oleh
Joseph Kosinski, William Monahan, Karl Gajdusek, dan
Michael Arndt.. Berdasarkan Oblivion oleh Joseph Kosinski..
Musik oleh Anthony Gonzalez dan Joseph Trapanese..
Suntingan oleh Richard Francis-Bruce.. Sinematografi oleh
Claudio Miranda.. Dibintangi Tom Cruise, Olga Kurylenko, 
Andrea Riseborough, Morgan Freeman, Melissa Leo dan
Nikolaj Coster-Waldau.. Durasi 124 Min.. Bajet $USD120 Juta..

Berikutan serangan makhluk asing 60 tahun lalu yang
hampir memusnahkan planet bumi, bekas komander
Marine Jack Harper adalah salah satu daripada beberapa
mekanik yang tinggal di Bumi untuk melakukan beberapa
pembersihan sebelum meninggalkan bumi.
Jacks tinggal di sebuah menara udara terapung dengan
rakan sekerja beliau yang sebahagian dari operasi untuk
membersihkan pencerobohan dan sumber-sumber planet.
Akan tetapi sebuah kapal angkasa terhempas dan selepas
membuat tinjauan terdapat kapsul manusia yang masih hidup.
Berikutan itu dia ditangkap oleh pemberontak yang
diketuai oleh Malcolm Beech..

comment : 
Filem sci-fi dari adaptasi novel grafik oblivion ini memberikan
tarikan yang unik dari kesan khas serta plot ceritanya.. Filem
futuristik ini juga menampilkan barisan pelakon yang mantap..
Keseluruhan filem ini sangat menarik dan tidak rugi kepada
sesiapa yang bakal menonton filem ini..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

2 comments:

Unknown berkata...

wah, cm best aja!!!

Syuk Ry berkata...

mmg best.. jgn lupa tgok nnt.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...