Isnin, 24 Oktober 2011

Segmen : Duit Hantaran Mahal Macam Mana Nak Kawin ??

Share
Nilai hartanah naik , nilai hantaran naik jugak ka..??
Tak apa kali ini kita kupas sikit pasal isu Hantaran..
Apa yang kita tahu kalau nak kawin mesti banyak kena
keluar duit.. Bak kata orang kawin sekali sahaja..
p/s: amacam kalau kawin berkali-kali parah duit nak keluar..

Biasanya soal duit hantaran yang jadi penghalangnya..
Ramailah yang lambat kawin silap2 membujang sampai tua..
Alkisah Duit hantaran hanyalah adat melayu dimana kesanggupan
PIHAK PENGANTIN LELAKI itu sendiri memberi hadiah
dengan IKLAS.. Duit hantaran itu kira hadiah lah kan..
dan ianya tidaklah sewajib mas kawin..
p/s : kalau tak iklas tak payah bagi lah kan jawapnya..

Soalnya mengapa pihak wanita menentukan sedangkan
ini adalah kesaggupan pihak lelaki sendiri.. Dan kini
sebilangan ibu bapa semacam berlumba-lumba menaikan
nilai hantaran.. Perkahwinan bukan soal menunjuk-nunjuk
siapa anak paling mahal disini.. Jangan salah gunakannya
erti hantaran itu sendiri kerara ini boleh membebankan
serta mampu mendatangkan masalah kelak.. Renungkan..
Kini terdapat pula pengkelasan serta tarif nilai hantaran..
Persoalannya kenapa sampai begini..

Nilai Hantaran mengikut taraf pendidikan :
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Nilai hantaran mengikut darjat :
MISKIN TEGAR : RM500 – RM1000
MISKIN : RM1000 – RM3000
SEDERHANA MISKIN : RM3000 – RM6000
SEDERHANA : RM6000 – RM10000
SEDERHANA KAYA : RM10000 – RM15000
KAYA : RM15000 – RM20000
SANGAT KAYA : RM20000 – RM50000
JUTAWAN : RM50000 – RM100000

Adakah kaum hawa perlu di letak harga dan nilai..
Sesungguhnya kita tidak perlu mentarifkan kerana mereka
sememagnya tidak ternilai dan sangat berharga pada kaum adam..
Sebagai manusia kita berhak menentukan keputusan..
Ehem.. jangan pulak tak cukup duit hantaran kawin lari..
Nanti penat tok kadi nak nikahkan.. HAHA.. (lawak lama)
Perkahwinan perlu direstui untuk keberkatan dan kebahagiaan..
yang ini wajib..
Perkahwinan adalah di ibaratkan mendirikan masjid
suatu perkara yang suci dan murni menyatukan dua jiwa..
Tetapi jika ada berlumba-lumba meletakkan harga
hantaran.. ada sama seperti memperdagangkan manusia..

3 comments:

HUD AIKARA berkata...

Pada pendapat sayalah, selalunya kalau kes hantaran tinggi pihak lelaki akan beranggapan macam nak 'jual anak'. Tapi bagi pihak perempuan ada yang menilainya sebagai ketabahan seorang lelaki bersungguh2 untuk mendapatkan wanita yg dicintainya. Ialah takkan nak suruh harung lautan api pulak. Duit itu hanya metafora 'pengorbanan' bakal suaminya.
Sesetengahnya pula hanya nak majlisnya berjalan besar-besaran dan meriah tak kurang jugak yang nak menunjuk2.
Sebenarnya hantaran bukanlah 'hadiah' pihak lelaki. jika diikutkan zaman sekarang duit hantaran adalah untuk bayar majlis itu sendiri. Sebab itu keluarga wanita yg menentukan jumlahnya.Mereka yg akan buat majlis tu.Hanya mas kahwin yg menjadi hak mutlak si isteri. itu pun nasib baik mas kahwin telah ditetapkan nilainya kalau tidak rasanya pihak lelaki sanggup hulur 2 ringgit aje..ye tak?
Tapi pada zaman semua barang naik ni, saya rasa kedua belah pihak tak harus mementingkan sangat duit hantaran atau nak buat majlis besar-besaran dengan alasan 'kahwin hanya sekali'.
Pihak perempuan sanggup ke anda tunggu lelaki kumpul duit semata2 nak buat majlis gah? konon2nya biar tak malu dengan jiran atau sanak sedara. Kita kena tengok poket bakal suami juga.
Dan pihak lelaki pula tak perlu menyalahkan perempuan sebab sepatutnya dari awal anda kena simpan duit nak kahwin, bukan dah nak kahwin baru kumpul duit. Ini sekadar pemerhatian saya saja...sebab masyarakat kita hari ini suka sangat berpegang dng kata;'biar papa asal bergaya'.Lepas dah berhabis berpuluh ribu (hutang sana-sini)lepas kahwin duduk rumah sewa.Lepas tu mula ada anak...hutang tak habis2 lagi bayar.Bagi saya hantaran tinggi ke tidak tak penting tapi yang pentingnya mampu ke tidak.Tapi kalau tak kahwin sebab duit tak cukup rasanya itu hanya 'sebab'untuk memberitahu jodohnya belum sampai lagi...(^__^)

Syuk Ry berkata...

hoyeee hud aikara.. sye sokong..
ni bru lah kesimpulan nmer yer..
btol kate hud aikara duit hantaran adalah satu metafora untuk kesanggupan memiliki si dia dan sebagai wang belanja untuk mlangsugkan perkahwinan..

Harapan saya bukan untuk minta discount bila kawin nnt just
mgharapkan minda org lain berfikiran terbuka kerana kes penceraian tinggi jugak sekarang ni and harap jangan jadikan perkahwinan salah satu sebab penceraiannya..

Kama Irahsa berkata...

"Tapi bagi pihak perempuan ada yang menilainya sebagai ketabahan seorang lelaki bersungguh2 untuk mendapatkan wanita yg dicintainya."

ayat mcm ni adalah slh satu cara utk melojikkan kenapa hantaran mahal. kita kena igt, kalu kita sngkn urusan org lain, org akn sngkn urusan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...