Isnin, 25 Februari 2013

film review : Journey to the West: Conquering the Demons

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 7 / 10
Action 7 / 10
Cinematography 7 / 10
Overall :  7 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 8 / 10
Adults : 8 / 10
Veteran : 5 / 10
Kaki Wayang : 7 / 10
Kaki Download : 5 / 10
  

Film review overall :
Arahan Stephen Chow dan Derek Kok.. Penerbit Stephen Chow..
Studio Bingo Movie Development, Village Roadshow Pictures Asia,
Chinavision Media Group Ltd, Edko Films ,Huayi Brothers,
dan China Film Group.. Filem dalam bahasa Mandarin..
Dibintangi oleh Huang Bo, Shu Qi, Wen Zhang ,Show Luo,
dan Chrissie Chau.. Durasi 110 Min.. Bajet $USD137.4 Juta..

Plot bermula apabila sebuah kampung di serang iblis dan
mereka sepakat untuk mengupah seorang dukun bagi
menangkap iblis tersebut. Apabila Tang Sanzang tiba iaitu
seorang pemburu iblis, dia membantah dan mengatakan
bahawa roh jahat tersebut masih ada walaupun dukun
tersebut telah berjaya menagkap iblis ..

Kemudiannya iblis yang sebenar muncul dan menyerang semula..
Sanzang berjaya menagkap iblis tersebut malangnya iblis tersebut
bertindak liar lalu menyerangnya.. Seorang lagi pemburu iblis
datang bernama Bai Gu Jing untuk membantu Sanzang..
Apakah yang akan berlaku seturusnya, saksikannya di pawagam..

comment : 
Menghiburkan dan kelakar.. Penggunaan CGI yang bagus
serta sesuai dengan babak2 yang digunakan dan tidak nampak
kartun sangat.. Pemilihan pelakon juga bagus.. Cuma lawak
dia banyak dekat dialog jadi agak sukar untuk memahami
kerana penggunaan bahasa mandrin sebab kadang kala kita
sering kali terlepas pandang atau tidak sempat untuk membaca
sarikatanya.. Untuk keseluruhan filem ini memuaskan..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik (    )
Boleh lah ( X )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

2 comments:

Unknown berkata...

haritu tgk movie..pastu bergaduh sama ada nak tgk movie ni or Husin,Mon dn Jin tocit.hehe..last2 pilh cerita mamat khalid..nk tgk ni tunggu kat tv ja la raya cina 10 thun akan datang.

Syuk Ry berkata...

haha.. lme btol tngu 10Thun.. mmg dah tue lah mse 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...