Jumaat, 7 Disember 2012

Cara Merakam Audio Untuk DSLR

Share
Bagi penggemar pereka filem pendek, video blog mahupun
merakan nyayian adalah keperluan untuk mendapatkan audio
yang berkualiti.. Ini secara tidak langsung memberikan tarikan
dan impak kepada penonton yang melihat video yang di hasilkan..

Terdapat 3 jenis alatan yang boleh membantu dalam memberikan
kualiti audio semasa merakam menggunakan DSLR :
1. Microfon Luaran [ External Microphone ]
Walaupun DSLR anda telah dipasang dengan microfon tetapi anda
mungkin tidak akan berpuas hati dengan rakaman yang dihasilkan..
Terdapat beberapa jenis microfon luaran seperti shotgun dan
microfon stereo.. Microfon luaran ini adalah alatan bantuan kepada
videographer, kadangkala audio yang di rakam tidak begitu sempurna
walaupun kepada yang professional, tetapi ianya lebih baik
berbanding merakam menggunakan microfon DSLR..

Microfon luaran seperti jenama RODE boleh didapati dengan
harga RM 450 bagi videomic and RM 650 bagi pro videomic..

2. Menggunakan Perakam Audio [ External Audio Recorder ]
Dengan menggunakan perakam audio qualiti audio akan
bertambah baik kerana rakaman berdekatan dengan sumber
audio.. Rakaman audio adalah berasingan dengan video
jadi ia memerlukan penyelarasan audio yang betul semasa
suntingan kelak.. Alatan ini agak mahal sedikit berbanding
microfon luaran dan kepada yang mempunyai bajet yang
cukup boleh mencuba menggunakan kaedah ini..

3. Kotak XLR [ XLR Boxes ]
XLR adalah sejenis sambungan audio yang digunakan pada
peranti bunyi profesional. Fikirkan mikrofon anda gunakan
apabila anda menyanyi karaoke di bar - yang menggunakan
kabel XLR. Kotak XLR memberi kamera anda input
profesional untuk bunyi.

Ada juga XLR yang membolehkan anda memantau tahap
qualiti audio anda. Kotak XLR membolehkan anda untuk
memasang mikrofon yang berkualiti tinggi  untuk merakam
sebuah filem pendek atau temu bual.

2 comments:

Outbound Malang berkata...


kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

Syuk Ry berkata...

sya akn balas knjugan anda.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...