Rabu, 4 September 2013

full review : Tanda Putera

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 9 / 10
Action : 6 / 10
Effect : 6 / 10
Cinematography : 6 / 10
Overall :  6.8 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 1 / 10
Adults : 5 / 10
Veteran : 7 / 10
Kaki Wayang : 6 / 10
Kaki Download : 4 / 10
BEST IN : Normal-[---] 2D-[ X ] 3D-[---] -IMAX-[---]

Film review overall :
Arahan, skrip dan lakonlayar Datin Paduka Shuhaimi Baba..
Penerbit bersama oleh Kavita Sidhu, Ibrahim Elias,
dan Kamarul Nizam Abdul Rahman..
Skrip bersama oleh Noraini Baba dan Halina Samad..
Sinematografi oleh Filus Ghazali.. Suntingan H.W. Kuang..
Dibintangi oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai,
dan Linda Hashim.. Durasi 120 Min..

Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. 

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.

Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.
sumber sinopsis penuh : FB Tanda Putera 

comment : 
Saya cukup kagum dengan watak Tun Razak[Rusdi Ramli], sangat menjiwai wataknya.. Walaupun masih terasa kesan khasnya seperti layar hijau, masking dan color filter tapi sekurang-kurangnya ianya masih boleh di terima pakai.. Soundtrack sangat main peranan..

Kali pertama saya tonton filem sejarah Suhaimi Baba adalah Hati Malaya 1957 dan ternyata sambutan kurang sekali hanya 3 ke 5 orang dalam wayang semasa saya menontonnya, tapi kali ini ternyata ramai.. Walaupun ada segelintir watar sampingan nampak kaku tapi yang penting watak utama mantap.. Tun Mahathir punya babak menarik dan geli hati sebab dia guna loghat utara HAHA.. Keseluruhan filem ini sangat menarik dan amat berpuas hati.. Jangan ambil komen ini sepenuhnya totonnya sendiri..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...