Isnin, 17 Jun 2013

3 Pelajar Maut Selepas ke I-City [15 Jun]

Share

Tiga pelajar maut manakala seorang cedera selepas kereta yang
mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar
pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala
ke Kuala Lumpur.

Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva,
Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya,
Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali meninggal
dunia di tempat kejadian. Seorang lagi dari mereka, Nurfarina Mokhtar
yang merupakan penumpang di bahagian hadapan cedera ringan.

Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku
Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala
Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.

Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina
merupakan penuntut di UiTM, Shah Alam manakala Nurul Maizura
pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam
perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.

sumber : Mynewshub

2 comments:

i'm shin... i'm inesen berkata...

bawak kete hehati k.. bukan drive hehati je.. nengok kiri kanan depan belakang.. takot dorang bawak mcm org giler.. effect kat kita plak nnt.. jauhkan diri

Syuk Ry berkata...

skung ni asyik berite psal xiden jer ow.. yg pling xsronok, dgar mlibtkan kematian.. T,T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...