Ahad, 22 Julai 2012

full review : The Dark Knight Rises

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 10 / 10
Action : 10 / 10
Cinematography : 10 / 10
Overall :  10 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 8 / 10
Adults : 8 / 10
Veteran : 5 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
  
Film review overall :
Filem arahan serta diterbitkan oleh Christopher Nolan..
Penerbit bersama oleh Emma Thomas dan Charles Roven..
Lakon layar oleh Jonathan Nolan dan Christopher Nolan..
Cerita asal oleh Christopher Nolan dan David S. Goyer..
Muzik oleh Hans Zimmer.. Sinematografi oleh  Wally Pfister..
Suntingan oleh Lee Smith.. Dibintangi oleh Christian Bale ,
Michael Caine , Gary Oldman , Anne Hathaway ,Tom Hardy,
Marion Cotillard , Joseph Gordon-Levitt dan Morgan Freeman..
Durasi filem 165 Min.. Bajet filem $USD250 Juta..

Plot trilogy Batman( Bruce Wayne ) selepas The Dark Knight..
Bruce Wayne yang pada mulanya telah bersara menjadi Batman
dan terpanggil semula untuk berjuang menentang musuh barunya
Bane yang mahu meneruskan misi pembersihan Gotham City
dilakukan oleh Ra's al Ghul yang menubuhkan League of Shadow
semasa Batman Begins ..

Talia waris kepada Ra's al Ghul berjaya memikat Bruce Wayne
dan secara tidak langsung dia telah mendapat kepercayaan
Bruce Wayne untuk memimpin Wayne Enterprises.. Ini juga
memudahkan Talia mendapat akses untuk memiliki maklumat
tentang kajian yang dilakukan Wayne Enterprises berkenaan
senjata, tenaga baru, dan kewangan untuk membiayai misinya
bersama Bane dalam proses pembersihan Gotham City..
Setelah Batman/Bruce Wayne dikalahkan oleh Bane beliau
dihantar ke sebuah penjara dimana tempat waris Ra's al Ghul
dilahirkan bagi mengelakkan dari dia menghalang rancangan
tersebut.. Kemudia Bane memulakan dengan mengebom seluruh
bandar, jambahan, terowong dan mengambuskan semua polis
Gotham City.. Apakah yang akan terjadi seterusnya ??

comment : 
Anda perlu memahami keselurukan filem trilogy sebelumnya
untuk memahami The Dark Knight Rises.. Kesimpulannya,,
ia adalah sebulah filem panjang yang telah disusun rapi oleh
Nolan dan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu permulaan
Batman Begins.. Pertengahan The Dark Knight dimana
Batman tewas ditangan Joker dan menanggung kesalahan
atas kematian Harvey Dent dan yang terakhir dimana
Batman bangkit semula The Dark Knight Rises..

Kebanyakan orang membandingkan watak jahat/villains 
iaitu Joker dan Bane.. Sebenarnya Joker nampak lebih
bagus kerana rancangan jahatnya kebanyakannya berjaya
dan menggunakan stratergi psikologi kepada pihak musuh
tetapi lebih kepada untuk menjatuhkan Batman.. Bane
pula merancang memusnahkan Gotham City dan mempunyai
kekuatan fizikal yang lebih..

Musik, transition menarik tahniah kepada suntingannnya..
Pengakhir cerita yang menarik dan tidak menjangka yang
Bruce Wayne masih hidup tetapi beliau hanya memalsukan
kematiannya atas dasar menutup kesnya yang melibatkat
kerugian besar Wayne Enterpriseskerana menjual semua
saham dengan nilai yang sangat rendah gara-gara seorang
ahli lembaga yang cuba menjatuhkan Bruce Wayne dengan
bantuan Bane.. Kemunculan watak Robin juga memberikan
tarikan pada plot.. Keseluruhannya terbaik dan  terhibur..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...