Isnin, 9 Julai 2012

film review : The Amazing Spider-Man

Share

Syncronizeq Rate 
Plot : 10 / 10
Action : 9 / 10
Cinematography : 8.5 / 10
Overall :  9.2 / 10

Overall Genre LVL : 
Kids : 9 / 10
Adults : 9 / 10
Veteran : 5 / 10
Kaki Wayang : 10 / 10
Kaki Download : 10 / 10
  
Film review overall :
Filem arahan Marc Webb.. Penerbit oleh Avi Arad ,
Laura Ziskin dan Matt Tolmach.. Lakon layar James Vanderbilt,
Alvin Sargent dan Steve Kloves.. Cerita oleh James Vanderbilt..
Berdasarkan The Amazing Spider-Man Stan Lee dan Steve Ditko..
Muzik James Horner. Sinematografi John Schwartzman..
Suntingan Alan Edward Bell dan Pietro Scalia..
Dibintangi Andrew Garfield , Emma Stone , Rhys Ifans , 
Denis Leary , Campbell Scott , Irrfan Khan , Martin Sheen , 
Sally Field , dan Chris Zylka.. Durasi 136 Min.. Bajet $USD230 Juta.


Mengisahkan perjalanan awal bagaimana Peter Parker
sebelum menjadi spider-man yang juga telah ditinggalkan
oleh kedua ibu bapanya dan kemudiannya hilang secara misteri ..

Setelah dewasa dia cuba menjejak semula kedua ibu bapanya
dengan bantuan saintis Dr Curt Connor yang pernah bekerja
dengan bapa Parker. Namun, dalam proses itu, Connor juga
mencari jalan untuk mengembalikan tangannya yang kudung
melalui kajian DNA cicak. Dalam proses itu, Connor
bertukar menjadi makhluk jahat dikenali sebagai The Lizard.
Apakah yang akan berlaku seterusnya..

comment : 
Memang menarik cerita yang merangkumi keseluruhan genre
sebab ada komedi, cinta, thrill, action dan walaupun ceritanya
136min / 2jam 16min langsung tidak terasa lama..
Muzik menarik, pemilihan watak juga terbaik lagi2
Emma Stone sebagai Gwen Stacy.. Walaupun cerita superhero
tetapi masih lagi mengekalkan logik fizik ( seem legit).
Jadi kepada yang belum menyaksikannya lagi bolehlah
pergi ke panggung wayang yang berdekatan dengan anda..
Syncronizeq recommendation : 
Terbaik ( X )
Boleh lah (    )
Download pun Rugi (    )
*review filem di blog ini hanya di buat berdasarkan kritikan 
  persendirian tiada niat untuk menjatuhkan mana - mana 
  pihak atau memberikan publisiti.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...