Ahad, 11 Disember 2011

film review : Ombak Rindu

Share

Syncronizeq Rate :
Plot : 7.5 / 10
Action : 7 / 10
Cinematography : 8.5 / 10
Overall :  7.6 / 10

Film review overall :
Filem arahan Osman Ali, Penerbit oleh Sharad Sharan.
Based on Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.
Lakonan oleh Aaron Aziz , Maya Karin , Lisa Surihani
dan Bront Palarae. Suntingan oleh Affandi Jamaludin.
Perbelanjaan filem RM 1.56 Juta.

Mengisahkan Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz)
dari dua dunia yang berbeza. Izzah adalah gadis kampung yang
telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan
di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz
anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang
telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan
perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya
menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak
sebagai isteri. Namun Hariz yang kasar dan panas baran telah
jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan.
Konflik bermula apabila Hariz kemudiannya terpaksa menikahi
Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah
didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya.
Walaubagaimanapun Hariz tidak mencintai Mila.
Apakah yang akan dilakukan Haris bagi mengatasinya..

Yang tengah tu lah tuan director-nya
Comment:
Filem ini menarik. Walaupun tak baca novel still boleh
predict ending dia.. Sinematografi dia terbaik memang best..
Pilihan pelakon pon memang terbaik confirm pecah panggung
lah-kan.. Tapi bahagian editing rasa macam kurang menarik,
guna fade to black bagus kalau buat cerita sedih ni tapi ada
2 - 3 scene pelakon belum sempat habis bercakap dah
kene fade..

Maybe dia nak cut sebab scene tu tak berapa penting agaknya
dari novel. Tapi still rasa sedikit tak menarik yang lain terbaik..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...