gambar hiasan |
anak gadisnya tinggal bersama teman lelakinya
sejak 9 Januari lepas, seorang bapa dipercayai
mengupah lima lelaki untuk memukul pemuda itu
sehingga cedera parah.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata
mangsa, 23, mengalami retak tulang leher dan tulang
rahang mulut selain patah tangan kanan selepas dipukul
di Jalan Industri, Mentakab, pada 11 pagi semalam.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai
pemandu jengkaut berada di rumahnya di Kampung Belenggu
di Jalan Industri Temerloh-Mentakab bersama teman
wanitanya berusia 20 tahun.
Kemudian datang lima lelaki memaksa mangsa dan teman
wanitanya mengikut mereka menaiki dua kereta ke satu
lokasi untuk menemui seseorang."Selepas bertemu bapa
gadis itu di lokasi, mangsa dibelasah lima lelaki
terbabit, sebelum dia dibawa ke belakang bangunan
kafe siber di jalan berkenaan dan diikat," katanya..
Dipetik dari : BERNAMA
2 comments:
sekurang2nya ayah dia nak anak ppuan dia selamat.. huhu.. tapi guna jalan salah..
niat brtul cuma tindakannya agk luar biasa.. :)
Catat Ulasan