Jumaat, 11 Mei 2012

2.5 Juta Warga Malaysia Masih Ber-Status Bujang

Share
Lebih kurang 2.5 Juta warga Malaysia yang berusia 25 tahun
dan ke atas masih belum berkahwin atas sebab kewangan
dan masalah mencari pasangan yang serasi berdasarkan
kaji selidik yang telah dilakukan rabu  lalu..

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Pembangunan Heng Seai Kie telah memetik satu media tempatan
yang memberitahu daripada 2.5 juta tersebut 60.4 peratus adalah
lelaki dan 39.6 peratus wanita, mengikut bancian penduduk dan
perumahan negara pada tahun 2010.

44.7 peratus daripada responden lelaki yang disenaraikan
mempunyai masalah kewangan menjadikan sebab utama untuk
kekal bujang, diikuti kekurangan calon yang sesuai,
dasar bekerjaya , komitmen keluarga dan lain - lain lagi.

Sementara itu, 40 peratus wanita menyatakan masalah kewangan,
bekerjaya, selesa hidup membujang, komitmen keluarga dan
sebagainya menjadi punca masalah tidak berkahwin. Bancian  2010
menunjukkan bahawa purata lelaki berkahwin pada usia 28 tahun.

Heng berkata walaupun kementerian mengambil serius isu ini,
ia tidak mempunyai rancangan untuk memulakan perkhidmatan
berkenalan dalam talian, kerana ini telah dilakukan oleh syarikat
swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan agama
dan beberapa parti politik.

artikel di petik dari : English News CN

4 comments:

Shafika Syuhada Rosli berkata...

masalah kewangan . >.<

Syuk Ry berkata...

huhu.. so pas ni simpan wit tok kawin jgn simpan tok bli iPad 3 , BB ngn Galaxy S(III) plak.. :D

Boni JLL3 berkata...

masalah kewangan.. itu sebenarnya faktor utama.. sebab aku pun tengah merasainya.hahahah

P/S : blogger picisan macam aku ni mana layak nak masuk mana2 award..hehehe

Syuk Ry berkata...

nmpk yer smue mghadapi msalah yg sma iaitu msalah kewangan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...